I'm not only a doctor, but i love to inspire people..

1:02 AM

kenangan seaktu berkhidmat sebagai doktor blood donation


Alhamdulillah diberi kesempatan bernafas lagi untuk ketika ni, masa ini,  di meja ni.. Seharian merawat pesakit. Maklumla, selain hospital, klinik aku je yang bukak hari ni. Aduhai, letihnye bukan kepalang. Rindu setinggi bukit dekat kekasih-kekasih hati yang dekat rumah tu. Mampu videocall je la. Thanks technology.

Beberapa ni hari i have a patient yang kene datang hari-hari untuk check BP/tekanan darah. Hari pertama bacaan agak tinggi..Setiap hari aku jumpa patient, kalau ada masa lebih memang aku suka ajak bersembang. I believe that talking with a decent people sometimes could relief your burden. So i love to play the role. I love to understand people. No, i don't do this to get extra charges whatever. It just me.

So, seorang pesakit ni aku namakan makcik je lah ye. Makcik ni seorang suri rumah. Lembut perawakan die. Tetapi tegas. Mana taknya, ibu beranak 7. Hari pertama katanya mungkin penat barangkali dengan kerja rumah. Hari kedua tak banyak kami bincangkan kerana tekanan darahnya agak cantik hari itu. Hari ketiga agak tinggi. Marah ke anak dara dirumah katanya. Sebab pemalas sangat anak dara hari ni. Huhu (Sentap akak...akak dulu pun pemalas).

Hari ini, pun sama, tinggi bacaannye. Rupa-rupanya suami beliau sudah 3minggu digantung kerja. Dua orang anak di universiti sedang belajar. Yang seorang di KL, sorang di Melaka. Yang di Melaka ada kerja sampingan dan kos sara hidup lebih rendah. Yang di KL, tak cukup masa, terlalu padat dengan study. Makan mahal. Tak terkejar nak buat kerja sampingan. RM50 tahan untuk 3hari sahaja. Puas dia nasihatkan makan apa yang patut je, jangan ikut kawan makan yang mahal-mahal. Allah...hibanya hati aku dengar. Terasa sangat aku ni banyak membazir sedangkan ada orang yang struggle dengan kehidupan seharian.

wardina tiru tulisan mama die..doctor wannabe :D

Si suami digantung kerja atas alasan yang tidak munasabah. Sedangkan sepenuh keringat sejak dari muda lagi dia curahkan untuk kilang tersebut. Rakan sejabatnya dah dibuang kerja selepas digantung kerja beberapa bulan. Atas alasan tiada kesalahan tetapi diberhentikan perkhidmatan. Tersentak dada akak tu bile dapat tahu rakan suaminye dikenakan tindakan demikian. Aku turut rasa ada ketidakadilan di situ. Tapi aku pun tak tahu cerita yang penuh.

Digantung kerja, tiada gaji. Makcik sudah lama tidak bekerja katanya. Tapi makcik ni nampak gaya ada bakat memasak. Cuma tidak pandai untuk kembangkan bakatnye dan tak pandai nak "marketing" orang putih kata.

Aku cadangkan makcik utk buat brochure/pamplet makanan. Samada makanan tengah hari atau sarapan pagi. Buat set sekali dengan air. Hantar ke hospital, klinik kesihatan dan klinik satu malaysia. Mula secara kecik-kecilan dahulu. Sebab benda ni perlukan modal. Cuba tambah kenalan di hospital dan klinik. Nampak ceria wajah dia. Mudah-mudahan cadangan aku tu membuahkan hasil. Aku pun teringin sangat nak tolong makcik ni kalau boleh.

Semoga Allah memberikan kemudahan untuk beliau. Aminn... Nampak gaya macam takde patient malam ni. Semoga semua orang sihat2 belaka malam ni. So, aku pun boleh tidur dengan nyenyaknye.

Aku pun struggle jugak dengan kehidupan ni. Maklumla..buat masa ni..ini je la jalannye. InsyaAllah semoga Allah murahkan rezeki kami sekeluarga dari segi kesihatan terutamanya. Aminn..Selamat Hari Raya Aidiladha semua.

You Might Also Like

0 comments

I read:

Makeup geek