Berkhatan anak perempuan, apa yang ibu bapa perlu tahu?

1:00 PM

Assalammualaikum, hari ni saya akan ceritakan tentang sunat anak perempuan ataupun berkhatan anak perempuan. Proses berkhatan anak perempuan sebenarnya sangat mudah dan simple. Jadi hari ni saya akan terangkan satu persatu proses dan apa persoalan-persoalan lain yang ibubapa selalu fikir. InsyaAllah saya akan terangkan supaya ianya mudah di fahami.

1) Apa hukum berkhatan? Perlukah berkhatan?
di ambil dari fb dr.maza

Mengikut Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali ke 29/2017 yang bertarikh 18-19 April 2017 ianya bergantung kepada alat sulit seseorang. Dan sebaiknya ianya perlukan pemeriksaan pakar terlebih dahulu. Sekiranya perlu berkhitan,maka boleh teruskan.

Tapi  masyarakat melayu kita memang lebih selesa untuk khatankan anak perempuan. Ada yang kata dari segi kebersihan, ada yang kata untuk mengurangkan nafsu dan shahwat. Macam-macam fahaman orang melayu kita. Tapi pada saya, ianya satu "penghormatan" buat seseorang perempuan. seperti dalam hadis Ummu "Atiyyah.

2) Umur berapa baru boleh khatan anak perempuan?
Saya lebih selesa jika bayi berumur 3-6bulan. Pada waktu ini bayi sudah besar tetapi tidak terlalu agresif. Maknanya dia tak takut jarum! Ini akan memudahkan kerja kami para doktor. Paling kecil yang pernah saya sunatkan ialah umur 2bulan, manakala yang paling besar berumur 2tahun. 

3)Apa persediaan yang perlu dilakukan?
Tak ada persediaan yang spesifik. Bawa pampers lebih dan baby wipes. Sebab takut bayi anda berak atau terkencing sebelum/sewaktu prosedur. Hehe..

4)Bagaimana prosedur berkhatan anak perempuan di lakukan?
Prosedur berkhatan anak perempuan sebenarnya sangat simple. Syaratnya ialah lukakan sedikit di bahagian selaput yang melapisi klitoris. Selalunye kita hanya lukakan dengan menggunakan hujung jarum sahaja. Yes, as simple as that! Boleh rujuk di bawah ini. Selalunya bayi yang saya sunatkan, tidak menangis pun.



5)Bagaimana penjagaan selepas berkhatan?
Luka tersebut bukanlah luka yang serius. Tiada pendarahan "active bleeding" pun. Jadi penjagaan nya seperti biasa sahaja. Ada doktor yang bekalkan sedikit solution iodine/flavine supaya ibu boleh bersihkan bahagian luka. Tapi kalau tak ada pun tak apa. Yang penting, cuci bersih2 selepas tukar pampers.

6)Perlukah syrup paracetamol/ubat demam selepas berkhatan?
Selalunya tidak perlu keranan prosedur tersebut tidak menyakitkan.

7)Perlukah berkhatan beberapa kali?
Tidak perlu. Sekali sahaja sudah cukup. Jangan dedahkan anak anda kepada prosedur yang tidak perlu.

8)Berapa harga sekali berkhatan?
Rate di klinik swasta dalam rm30-rm70 bergantung pada klinik swasta tersebut.

Saya harap saya menjawab segala persoalan tentang berkhatan anak perempuan. Sekiranya tuan/puan ada persoalan, boleh komen di bawah. Terima kasih kerana membaca.

You Might Also Like

0 comments

I read:

Makeup geek