Kursus Kahwin

1:48 PM

Assalammualaikum..

Ehhemmm... pekabo sume? Sabtu Ahad ni menyepi plak ML ek.. Maklumla, busy sikit. ML pergi kursus kahwin le. Peserta giveaway ML pulak menderu bagaikan air terjun..Sabo ek, tak sempat nak approve and update senarai peserta lagik. 

Semalam ML dah berjaya tamat kursus kahwin yang berlansung selama 2 hari di Wani Pesona, Setiawangsa. Macam tak caye youuu, i kene pergi kursus kahwin. Huhuhuhu... Hati ni sedih jugak actually, sebab ML nak pergi kursus yang Dr. Anneesa anjurkan dekat Cyberjaya. Tapi apekandaya, masa ML terlalu pack untuk cuti ni. Yang mane yang penting, terpakselah di dahulukan. 

Sesiapa yang tinggal di area Gombak, Ampang and KL, boleh la mendaftar di Wani Pesona, Setiawangsa. Tempatnye senang di cari kalau ade GPS. Hehe.. Berdekatan dengan Wangsa Walk and satu bangunan dengan KRU Studio yang lama. Harga per person ialah RM80. Nak mendaftar, boleh daftar by phone, thru internet or datang terus ke Wani Pesona. Kursus dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad sahaja dan sijil akan di beri nextweek nye. Sijil kahwin tu valid sampai bile-bile. Kalau rosak, tak ade ganti, sile jaga elok-elok ye.

Ape yang best pasal WaniPesona ni?

ML pilih untuk kursus di sini sebab.......
abang-abang ML semua berkursus di sini. Ustaz-ustaz nye sume best-best dan sangat qualified. Ni antara fasilitator & pensyarah pada hari kursus:

-Ustaz Shafie Khatib Jali : Pegawai Bersara LPPKN
-Ustaz Mohd Ajib Ismail: Moderator Forum Perdana TV1
-Ustaz Hj Che Hashim Mat Said: Pensyarah Kanan UiTM Shah Alam
-Ustaz Nasroddin Mat Daud : Pendaftar Perkahwinan, Penceraian & Ruju, JAWI, Jurunikah Sultan Brunei, Datuk K & Datuk Siti Nurhaliza, Engku Emran & Erra Fazira
-Ustaz Daim Jajuli- Imam 1 Masjid Negara, KL
-Ustaz Azman Mat hassan -Ketua Unit Dakwah PDRM

Kursus dua hari ni memang tak boring, ketawa je kerja ML. Sebab penceramah-penceramah pada hari tu memang pandai buat lawak. Tapi at the same time, setiap isi disampaikan dengan baik. Semua orang tua-tua, memang sangat berpengalaman.

Seelok-eloknye kalau nak berkursus kahwin, pergilah dengan pasangan. Jangan pergi dengan kenkawan, suke-suke amek kursus. Nanti lupe, tak terpahat dalam kepale otak tu ha. Tu ape yang mak ML pesan la. Okla, kalau siapa-siapa yang nak daftar boleh la pergi rujuk ke alamat berikut:

Wani Pesona Sdn Bhd,
19 G, Ground Floor, Jelatek Business Centre ,
Jalan Jelatek 2, Off Jalan Jelatek,
54200 Kuala Lumpur
Telefon: 03 4257 2233/ 012- 257 8228/ 012-219 7450

-Makan, minuman dan gula-gula disediakan
-File dan buku disediakan
-Pakai pakaian yang menutup aurat
-Ade kemudahan surau, toilet dan aircond
-ML book by phone je
-Sile bawak salinan kad pengenalan bersama
-Selanjutnye boleh la check di : WWW. WANIPESONA.COM



You Might Also Like

0 comments

I read:

Makeup geek