Resepi Marvellous Banana Muffin ala cik mat gebu..

4:35 PM

Assalammualaikum..


Bangun je pagi ni, perut ML berbunyi-bunyi macam nak gile, tanda dah lapar la tuh. Tangan ni terus pergi buka blog cik mat, ade resepi barulah~ Senang pulak tu. Kebetulan semalam ML dah kene marah dengan rumet ML sebab tak reti-reti nak makan pisang. Pisang ML ade lagi 2 biji yang dah lebam-lebam dah kulitnye..Kesian pisang.... ML memang ade penyakit suke beli pisang banyak-banyak, last-last derma dekat orang. So, ML terus pergi dapur buat Muffin pisang ala cik mat

Cik Mat kata, beliau gunakan resepi orang putih, tapi ML tak ikut resepi asal tu. 
Mestilah kene follow resepi cik mat kan!! Cume ML gunakan 2 biji pisang je.
Hehe^__^

BAHAN-BAHANNYA 
1 1/2 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder

1/3 tsp garam 
3/4 tsp soda bicarbonate
2 biji pisang dilenyek (resepi asal : 3 biji pisang)
1 tbsp mayonnaise
1 biji telur (resepi asal: grade B)
Beberapa titik esen pisang (ML tak gune esen pisang, sebab xde)
1/3 cawan brown sugar di kisar halus
1/3 cawan minyak 

(Ape-ape jenis minyak pun boleh.ML guna sunflower oil, sebab orang Russia memang guna minyak sunflower or minyak jagung je)

CARA-CARA:

  1. Gaulkan tepung gandum, baking powder, garam and soda bicarbonate. Kemudian ayak dan ketepikan.
  2. Panaskan oven pada suhu 180C terlebih dahulu.
  3. Dalam mixture bowl, masukkan telur, gula perang dan mayonnaise, kacau dengan pemukul telur/senduk sehingga sebati.Then, Masukkan pisang yang dah dilenyek dan minyak. Kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan tepung yang telah diayak tadi, dan kacau cepat-cepat. Tak payah kacau lama-lama. Agak-agak sampai dah sebati tepung dengan adunan tadi. 
  5. Sudukan ke dalam bekas muffin sebanyak 3/4 penuh. 
  6. Bakar dalam oven pada suhu 180 C,selama 25 minit
  7. Bila dah sejuk, boleh la dimakan bersama keluarga. ML makan sorang-sorang je,sebab kawan-kawan semua keluar pergi sukan KUMOSC.







Merekah bagaikan bunga~
Ewaahh~




tengok teksturnye~
Sooooo muffin.
Lembut dan gebu, empuk, tak tahu nak describe betapa sedapnya..

ML dah banyak kali cube buat kek pisang or muffin pisang, sokmo tak jadi. Tak tahu lah di mana yang tak kena. Padahal dah ikut resepi betul-betul. Pernah dulu, sampai meletup mixer di buatnye. Kek tetap tak menjadi. Melayang duit kene ganti mixer rumah ni. Hahaha... ML memang malas dah nak buat kek pisang or ape-ape yang berkaitan dengan pisang lepas tu.

So, pagi ni, bile muffin ML dah siap, rase berdebar-debar nak rasa. Hahaha(padahal muffin je kan). Bile 1st time rasa muffin ni, rasa nak nangis pun ade. Rasa happy gile. Maybe sebab ML tengah lapar jugak. ML memang happy kalau dapat makanan. Kekekeke..Timer kaseyh cik mat for the recipe.=)

So, kalau korang lapar, wajib cuba resepi ni. Sebab mudah. Tak sampai 30minit pun. Just kacau2 je. =)

Resepi asal boleh rujuk di : MUFFIN CMG


ML DAH TUKAR DOMAIN KE www.miszlullaby.com,
SO, COMMENT SUME JADI ZERO AND BLOGLIST PUN HILANG. GONNA UPDATE SOON =)

You Might Also Like

0 comments

I read:

Makeup geek