Baked Macaroni with cheese

10:00 AM

Assalammualaikum...

Hari ni ML nak bagi korang sume terliur tengok Makaroni bakar bercheese ni. Okay, makaroni yang sedap lagi lazat berintikan sardin ni dibuat oleh rumet ML, cik Yani. ML jadi photographer je kali ni. Yani gunakan resepi Cik Mat Gebu . Menjadi you~. Selalunye kitorang ni kalau masak, main tibai je, means takdela ikut cara-cara yang betul. Janji jadi, ada rupa and boleh makan. Hihihi.. Tapi kali ni Yani kata dia nak tahu cara yang betul untuk buat makaroni cheese ni. 
Ni lah hasilnye... 
^____^



Ramai yang dok kate rajin nye lah kitorang ni. Dah la kena study, tapi dok masak itu ini. Hehe.. Kitorang ni kuat makan. Plus kalau nak makan luar, memang mahal. Nak dapat makanan halal pun susah, kene jalan bertapak-tapak, baru lah dapat makan. So, nak tak nak memang kene masak. Tapi masak untuk makan sesame kitorang je la. And masak memasak ni depends pada masa jugak. Kalau busy sangat, memang maggi je jawabnye. Kalau tak maggi, roti telur. Kalau tak roti telur, telur goreng. Paling cekai, kunyah cornflakes sepanjang hari! Tuh memang busy lah tu..hahaha~

Macam sekarang ni, cycle yang senang macam subjek history Russia la...subjek Economy la...so, cikgu pun memang tak suruh kitorang datang kelas, sebab cikgu tahu kitorang nak study benda lain. So, bila dah terperap dalam rumah dengan buku-buku, perut ni memang lapar la. Kalau di Malaysia lain la, mak ada nak masakkan untuk kita bile time nak exam. Jap-jap mak hidang kuih la, air la..tinggal nak baca buku je.. Paling tidak, budak-budak uni tu, mesti boleh gi makan dekat kedai makan ke..kfc ke..or gerai goreng pisang tepi jalan tu ha..ML tau la, sebab ML pun pernah study dekat Intec UITM Seksyen 17 Shah Alam dulu. Heaven betul life dekat Shah Alam dulu. Siap ade PASAR MALAM! Tapi kat sini tak, ko xmasak, mati kebulur la jawabnye. Huhuhu..



ML bersyukur coz dekat sini most of kawan-kawan ML memang suke memasak. Even dorang tak suke sekalipun, dorang kene memasak, and akan masak! Masak ni, kalau latih hari-hari,boleh nye.. Sekarang ni, kitorang enjoy je la baki masa yang ada. Sebab bile dah balik Malaysia nanti, once dah kerja, harapan le nak jumpa dapur. Hihihi... 

ML ada sorang senior yang baru tamat belajar last year and sudah pun mendirikan rumah tangga after habis belajar. So, my senior ni dah jadi doktor and tinggal dengan mak mertua. Dah beberapa bulan kahwin, baru lah 1st time kot die memasak di rumah mak mertua. Betapa busy nye lah hai~ Tapi xpe, coz senior ML tu memang hebat dalam masak memasak. 

Itulah life kitorang kat sini. Sape yang agak-agak nak fly oversea tu, belajo-belajo la masak. Paling tak pun, training la masak gune perencah yang dah siap tu. Hihi..Banyak faedah nye. Pada ML, masakan adalah satu hadiah yang boleh buat orang happy tanpa keluarkan duit beribu-ribu ringgit. =)

Untuk Resepi Makaroni Bakar bercheese di atas, click SINI



You Might Also Like

0 comments

I read:

Makeup geek