Kisah seram di Moscow

11:00 AM

Assalammualaikum..

Hye korang. Ok, hari ni ML rajin menaip. So, nak sambung citer pasal kisah seram ML kat sini. Semalam citer pasat pickpocket kan. Hari citer seram lain pulak. Bila cakap pasal seram, mesti ingat hantu kan? Moscow ni tak de hantu sebab orang-orang nye la yang macam hantu!. Hantu pun takut dengan orang Russia ni. Kih kih kih. Kalau ikut kan hati memang tak mau ingat balik pe yang dah jadi.Ececece... Tapi   bila ingat balik semua peristiwa-peristiwa ni, rasa kelakar pulak. ;)


ni la Anna.. kalau sape bace entry before ni.=)



Peristiwa ni terjadi waktu ML 2nd year di bumi Moscow ni. Time tu winter. ML ade exam. Tak ingat samada exam biasa atau pun final exam. ML dengan Nadid je time tu. Kebetulan kami berdua habis exam awal, so kami balik rumah dulu. Kami berdua ni memang kamcing dari Intec, Uitm Shah Alam sampaila sekarang dah 6th year. Mesti wat pepe dalam kelas sama-sama. ML pakai tudung hitam time tu. 

Balik je dari kelas, before masuk Metro Ismailovskaya, ML singgah di kedai bulachnaya (kedai roti) yang jual roti cheese. Sedap roti ni. Ala-ala macam roti nan. Tapi dalam dia ade cheese and boleh makan panas-panas. Time tu sejuk, bila dapat roti yang panas, memang rasa die fuhhhhh meresap ke dalam kalbu tuhh...(ML kalau describe pasal makanan memang exaggerate lebeyh =P). Sebab tu la ML debab masa 1st-2nd year!

Dari metro Ismailovskaya tu, nak sampai ke rumah ML di metro Spartivnaya agak jauh la. Adela dalam sejam ke sejam lebih. Dalam train tu ML dengan Nadid makan roti dengan gembiranya. Maklumlah baru habis exam. Selalu kalau nak exam, kami tido sejam dua je. So, bila pass exam memang happy la (time tu skema lagi.hihi). Dalam train tu, kami sembang tak ingat dunia. Kami berdiri je time tu sebab sit full. Then, after beberapa station, ade ruang kosong dekat dengan pintu metro. So,kami pun gerak la ke tepi pintu tu. Pintu train ni, sama macam pintu train LRT la, ada dua pintu, kiri dan kanan. Pintu tu akan buka ikut station, kadang-kadang bukak yang kanan, kadang-kadang bukak pintu kiri. Pintu yang ML dan Nadid pergi sandar tu, memang tak kan bukak la sampai penghujung jalan train nanti. Keadaan train time tu sangat malap. Lampu dalam train tu warna oren-coklat. Malap dan stress dengan bunyi train yang bising. Tapi train dorang laju! Paling laju dalam dunia la ML rase. Bunyi pun macam naik kuda. Bergegar-gegar kepale otak. Hihi..



ni pulak Nadid.=)


Tiba-tiba datang satu pakcik tua ni. Perut die boroi sangat. Pak cik tu memang tinggi la, orang Russia kan tinggi-tinggi belaka. Saiz badan dia pun dua-tiga kali ganda saiz ML. Dia pakai tongkat. Dia bangun dari sit dia, kami assumed dia nak keluar la dari train tu. Tiba-tiba dia menghala ke ML dan Nadid. ML dah cuak dah. Pehal pak cik ni? Makin lama makin dekat. Makin dekat-dekat-dekatttt sampai la perut dia menghimpit ML dan Nadid. Dia himpit kitorang kuatttt sangat ke pintu. Sampai ML rasa tak boleh nafas. Perut dia besar weyh! Dia dok bisik-bisik.."Lepas ni jangan keluar...ikut aku..ikut aku..". Nadid memang makhluk paling cool dan macho dalam dunia. Dia boleh berdiri static macam xde pape, even kene himpit kuat gile.

Ade sorang mamat ni tepi ML, ML mintak tolong dekat dia, dia buat bodo jek. (memang dasar Russian #%@*# betul!). Lepas tu, ML jerit lagik, walaupun suara macam itik tersepit... Ntah betul ntah tak bahasa Russia ML time tu. Nasib la ade sorang mak cik ni bangun. Mak cik ni mula-mula tadi duduk sebelah pakcik buncit yang himpit kitorang ni. Mak cik tu tarik-tarik tangan pakcik tu untuk lepas kan kami. Tapi of coz la tak boleh, pakcik tu gemuk gile. Pastu makcik tu jerit-jerit panggil orang-orang laki dalam train tu. Nasib la ada yang prihatin, dorang ramai-ramai tangkap pak cik tu, and tolak dia, sampai die tersungkur ke lantai. Mak cik tu tarik tangan kami, and ajak lari keluar dari train tu...


Bila sampai train baru, ML pun naik after cakap timer kaseyh kat mak cik tu. Cuak! Seyes cuak! Tak tahu nak cakap ape time tu. Nadid still cool dan tenang gile~ Sabar je la member aku sorang ni. Bila sampai rumah dia kata, badan dia sakit gile kene himpit ngan pak cik tu. Keh keh keh. Kalau mak cik tu tak selamatkan ML dan Nadid, memang patah tulang rusuk ML ni. After tu, ML taubat tak mau pakai dah tudung warna hitam. Walaupun ML tak tahu ape sebab pak cik tu attack kitorang, ML rasa maybe sebab tudung hitam tu kot, dia ingat kitorang ni jahat ke. Entahla..sebab kawan ML pakai tudung hitam ok je. 

Tapi, syukur ke hadrat Ilahi, sampai sekarang ML masih selamat study dekat sini. Walaupun macam-macam dugaan dengan sikap orang Russia yang tak rupa orang ni, and walau ape pun doktor kat Malaysia nak kutuk-kutuk pasal Russian grad ni, ML still survive. Orang tak rasa ape kami rasa. Tapi ML still happy and bersyukur sebab dapat peluang study sini. Mak ML selalu pesan, hidup kena jadi macam biji benih, tercampak ke laut pun boleh jadi pulau. At least ML reti masak dok sini! Hihi...So, nantikan kisah seram ML di Moscow lagi..hehe...Jangan gi citer dekat berita harian sudah lah ek..Kang ade mak bapak yang mai angkut anak dia pakai private jet..=P


You Might Also Like

0 comments

I read:

Makeup geek