Oreo ice cream cake!

3:39 PM

Assalammualaikum..

HYE semua!! ML dah officially cuti!! Hehe..Kelmarin ML demam,tapi hari ni dah kurang da sakit kepala. Mudah-mudahan sihat betul lah. So,hari ni ML nak tunaikan janji untuk kongsi resipi birthday cake ML iaitu oreo ice cream cake. Mudah sangat-sangat, dan sangat sesuai di buat untuk majlis hari jadi sebab ML rasa semua orang suke makan ice cream. ML tak suka cake, so dats y i chose this cake in the 1st place =)Jom tengok resipi..





RESIPI OREO ICE CREAM CAKE:


BAHAN-BAHAN (1 CAKE)

Crunchy base:

-Biskut oreo (packet besar seperti gambar di atas)
-150gram butter

P/S: Untuk cake ML kali ni, ML campurkan dua jenis biskut iaitu sebungkus biskut susu/marie ngan beberapa biji oreo sebagai base sebab harga biskut oreo sangat mahal iaitu rm35,and ML nak buat 2 cake. So, sebagai  langkah berjimat, ML gabungkan 2 jenis biskut.Base ni akan jadi seperti base cheese cake tapi a bit chocolaties.So, if u have many oreos, go ahead and just use ur oreo as a base or u can choose to mix 2 types of biscuit just like what i did =)

The cake:

-1 tupperware ais krim (u can use vanilla ice cream, chocolate ice cream or any flavor that u love)
-walnut
-6-7 biji biskut oreo

Hiasan (ikut crativity)
-sempoi butter cream for piping (susu pekat manis+chocolate emulco+1/2 or sebuku butter)
-beberapa biji oreo
-1 buku coklat biasa yang diparut/ beli je coklat parut yang dah siap.



CARA-CARA:





credit:google

PERSEDIAAN:

-Korang memerlukan loyang bulat yang boleh di buka. (rujuk gambar di atas)
-Alaskan bahagian dalam loyang ini dengan clear food plastic wrapper untuk mengelakkan cake kita melekat-lekat di tepi loyang bila dah siap nanti. 
-Penggunaan loyang bulat dan plastic wrapper ni adalah untuk memudahkan kerja korang untuk buat cake ni.
-Keluarkan aiskrim, dan biarkan ianya cair sedikit lebih kurang 30-45minit. Ini penting untuk melembutkan ais krim dan mudah bila nak gaul nanti.

-Asingkan oreo cookies kepada 3 portion. 

-1st untuk hiasan (korang kene anggarkan sendiri mengikut size loyang)
-2nd, 6 - 7 biji oreo untuk di masukkan dalam cake
-3rd, selebihnya akan digunakan untuk membuat base

-Ambil beberapa biji oreo, pisahkan kepada dua, dan susun di bahagian dalam (dinding) loyang dalam posisi menegak. Anggarkan berapa biji oreo yang perlu untuk hiasan tepi cake ni. ML memerlukan lebih kurang 10 pieces round cookies (5 biji oreo). Anggarkan je tau, jangan letak lagi. Sebab kite akan susun biskut ni betul-betul after dah masukkan base nanti.



CRUCHY BASE

-Cairkan butter di dalam microwave selama 2 minit.
-Hancurkan oreo cookies
-Selepas dah hancur,bolehla masukkan butter yang dicairkan tadi dan gaul rata.
-Selepas itu, masukkan campuran oreo dan butter ni tadi kedalam loyang.
-Tekan dengan tangan untuk meratakan permukaan base tadi.
-Bila dah rata dan padat, boleh la susun oreo cookies di bahagian dalam dinding loyang sebagai hiasan. Make sure permukaan yang berukir menghadap ke luar tau!


THE CAKE

-Patah-patahkan kacang walnut kepada saiz yang lebih kecil
- Hancurkan 6-7 biji biskut oreo (kalau suke lebih,tambah lagi okies)
-Ambil ais krim yang telah di cairkan tadi, kacau-kacaukan ais krim tersebut supaya teksturnya lebih lembut.
-Masukkan kacang walnut dan oreo yang telah dihancurkan.
-Gaul sebati.
-Bila dah sebati, masukkan campuran aiskrim ni tadi kedalam loyang yang berisi base. Tuang slow-slow ye..
-Bile dah masukkan dan rata betul-betul, balut penuh loyang ni tadi dengan kertas aluminium dan masukkan ke dalam peti ais (tempat beku) dan biarkan selama 4 jam. ML balut dengan kertas aluminum supaya tak ada benda asing termasuk ke dalam cake atau bau-bau dalam peti ais tu yang boleh mencemarkan kualiti cake.
-Lepas 4 jam, boleh la keluarkan dan piping butter cream & tabur coklat parut.
-Kemudian boleh la makan!! Nyam-Nyam!!



P/S: ML ade buat video untuk cara-cara buat cake ni. Tapi xsiap lagi. If dah siap nanti, ML post kat sini okies. Video agak lambat akan di post sebab kawan ML yang simpan video tu dah pergi spain.kui2...So,ML kongsi video dari youtube jek la ek=)









Akhir kata, Selamat mencuba!!














You Might Also Like

0 comments

I read:

Makeup geek