Istanbul dan first time pakai shawl..

11:00 AM

Assalammualaikum semua..

Tadi,cari-cari gamba dalam hard drive. Jumpa gambar-gambar di Istanbul. So,hari Ahad ni, best jugak kan kalau ML bawak korang jalan-jalan makan angin di Istanbul. ML pergi Istanbul pada tahun 2009. Waktu tu cuti Hitler. Sepatutnya bila cuti birthday Hitler,semua student Malaysia diwajibkan kuarantin dalam rumah, tapi ML dan kawan-kawan sangatlah NAKAL. Kitorang siap beli tiket pergi bercuti ke Istanbul. Percutian kali ni sangat meriah sebab semuanya perempuan! Tak silap ML 8 orang perempuan. 

ML pergi sana lebih kurang 5 hari, gambar yang ML nak kongsi hari ni adalah gambar hari ke-4 di sana. Kenapa ML ambil hari ke-4 ? Sebab hari ke-4 adalah hari bershopping dan hari pertama seumur hidup ML belajar pakai shawl! Ok,jom layan gambar =)


1)Blue Mosque and the beautiful park








1st time belajar pakai shawl

Before ni ML tak pernah pakai shawl, and sampai sekarang pun ML still prefer tudung bawal. Di Istanbul, antara yang famous di sini adalah shawl. So,ML pun beli lah sehelai dua shawl the day before. Malam tu, ML dengan kaka berhempas pulas belajar lilit shawl. Kaka pakai cantik,tapi ML problem sikit sebab kepala ML kecik! Haha. Mak ML kata ML tak cantik pakai shawl. Isk Isk..Cantik atau tak,korang nilai lah sendiri =)






Ok ke ML pakai shawl? hihi..

Spice Bazaar

Spice bazaar adalah bazaar yang famous di Istanbul. Di sini,ada banyak dijual manisan-manisan, t-shirt, shawl, apple tea dan lampu seramik. Pendek kata,semua barangan-barangan Istanbul ada di sini. Jadi,kalau korang berpeluang ke Istanbul,jangan lupe berkunjung ke bazaar ni. Korang wajib kene rasa apple tea di sini. Sangat sedap!




Spice bazaar entrance.


Manisan.
Manisan-manisan ni tahan lama sekiranya peniaga di kedai tersebut menyediakan bekas khas.ML beli berkotak-kotak bawak balik Malaysia.Sedap di gigit,sebab macam liat. Tapi kalau makan banyak sangat boleh kena kencing manis.


Lampu seramik yang terkenal di Istanbul.



Dalam spice bazaar.


Uthman gul dan Tugra Silver

ML memang teringin sangat nak beli lampu seramik. Kebetulan kawan-kawan ML yang lain pun berhajat yang sama. On the way nak balik solat dekat bilik, kitorang singgah di kedai Tugra Silver ni. Pemiliknya bernama Uthman Gul yang sangat peramah dan baik hati.Uthman boleh berbahasa inggeris dengan fasih. ML dan kawan-kawan macam tak berminat dengan lampu-lampu di kedai Uthman, jadi Uthman pun membawa kami semua ke KILANGnya yang terletak lebih kurang 10 minit dari kedai beliau.




Inilah dia,kilang TUGRA silver. Di sini,kami macam pelanggan special di mana kami berpeluang untuk memilih sendiri rangka lampu seramik kami. Bila dah pilih, nanti baru pekerja Uthman akan pasangkan menjadi lampu.


ML tengah sebuk pilih lampu.hehe..


Kaka dan Murni.

Kami semua beli lampu sorang satu. ML beli warna turquoise. Sangat cantik.Lepas je selesai membeli, kami meminta Uthman simpan sekejap lampu-lampu tersebut di kedainya sebab kami nak sambung shopping di Grand Bazaar pula. Nak dijadikan cerita, kami sesat. Lebih kurang 10-15 minit sesat berjalan, tup-tup kami jumpa Uthman di tengah jalan. Dia kata, dia dah agak da kitorang akan sesat. 

So,petang hari ke empat tu,Uthman teman kami bershopping di Grand Bazaar dan Uthman turut membawa kami ke bazaar yang murah dan siap tolong tawarkan lagi. Lepas bershopping, Uthman bawa kami ke restoran kawannya untuk makan malam. Uthman memang seorang yang suka berkawan, dia ada banyak kawan dari Malaysia. Dia juga tahu lagu peterpan. Kawan ML,cik diba siap promot suruh Uthman denga lagu Aizat pulak. Wakakaka. So,kalau sesiapa nak ke Istanbul, boleh bagitau ML,nanti ML kenalkan dengan Uthman ye.=)


You Might Also Like

0 comments

I read:

Makeup geek