Update cara-cara membuat roti sosej daisy =)

3:23 AM

Salam all..
hari ni ML bukak gerai lagi.tapi hari ni ML jual 30 keping roti tau..macam biase..sekejap je dah licin.Sukee sangat =)
Hari tu ML xsempat nak upload gambar step by step.Jom kite tgk cam mane nak wat roti ni.senang je.

Bahan2 utk 20 keping roti sosej daisy:

-Setengah kilo tepung
-Satu senduk gula
-2 peket yeast
-secubit garam
-2 sudu besar butter
-2 sudu besar susu tepung
-1/4 camca bread softener
-2 biji telur
-semangkuk kecil air biase
-putih telur (1 biji telur)
-20 batang sosej
-Mayonnaise & sos tomato @ sos cili (ML gune sos tomato sahaja)

Cara2:
-Basuh sosej dan panaskan dlm microwave selama 3 minit
-Masukkan gula ke dalam satu mangkuk kecil air..tuangkan yis,dan biarkan die kembang seketika..


-Campurkan setengah kilo tepung,susu tepung,bread softener,2 biji telur,2 sudu besar butter dan garam...


-Bile yeast da kembang..masukkan dalam adunan tepung tadi..uli sampai jadi doh yang mantap..hehehe...
-Lepas tu,bulat2kan cukup utk 20 bola yang bulat dan sama besar.


-susun doh2 bola tadi dlm tupperware sekejap utk 45 minit.jangan lupe tutup ek tupperware tu.
Lepas 45 minit,bola2 doh tadi akan mengembang.Then uli semula bola2 doh tadi (satu persatu ye).tumbuk2 sikit bagi keluar angin..



-Gelek dengan gelas ataupun penggelek..untuk meleperkan doh tadi..


-Masukkan sosej di dalamnya.rapikan dan kemudian potong kan kepada 8 bahagian (make sure potong just sampai putus sosej sahaja)









-Lepas tu,susun la mengikut bentuk yang disukai..ML wat bentuk bunga daisy =)


-Tunggu dalam 10 minit,utk bagi roti tu makin kembang berseri2..hehehe
-Letakkan atas loyang,sapu putih telur atas roti tadi.Letak mayonnaise dan sos kat atas roti.
-Bakar pada suhu 175 C,selama 20-25minit.



Selamat mencuba..=)

You Might Also Like

0 comments

I read:

Makeup geek